Thursday, June 24, 2010

JOM, KIBAR BENDERA PALESTIN!!!

Assalamualaikum Wr.wb..

Geram rasanya apabila menonton televisyen...lagi-lagi insan tak berdosa mati dibunuh tentera Zionist Israel Laknatullah!

Kanak-kanak Palestin, belum sempat rasanya merasai keindahan dunia yang Allah ciptakan, tetapi dengan cara paksa, bom-bom Israel memisahkan nyawa dari tubuh badan mereka...

Belum sempat ibu-ibu mereka melihat anaknya tersenyum ketika pertama kali masuk ke sekolah ..sudah diragut senyuman mungil mereka dari bibir-bibirnya yang kini penuh dengan darah...

Pernahkah kita bayangkan apa perasaan yang berkecamuk dalam diri ibu-ibu yang nyawa anak mereka diambil dengan paksa...?

Bahagiakah ibu-ibu ini kerana tidak lagi terganggu oleh tangisan bayinya yang merengek meminta susu atau buang air...? Tidak saudaraku...! mereka menjerit...! mereka menangis...mereka berteriak...Ya ALLAH...YA ALLAh...Ya ALLAH...anakku ya ALLAH..

Apa yang boleh kita lakukan ialah berdoa.Ya berdoalah pada Allah SWT, kerana dialah sahaja Allah tuhan yang menciptakan kita dan dialah Allah yang mampu membantu kita dan memusnahkan kaum Musyrikin dan Munafiq yang bermaharajalela ingin menghancurkan umat Islam.Ingat! Doa adalah senjata Umat Islam.

Apa lagi saudara, kibarkanlah bendera Palestin!..Ya dengan kibaran bendera Palestin, kita mampu memperingati dan membantu masyarakat lain turut berfikir dan turut sama memperingati penderitaan umat Islam saudara seagama kita di sana.Allahuakbar!Lakukanlah kerana Allah! Juga lakukanlah demi Palestin...demi kanak-kanak,bayi-bayi dan ibu bapa serta saudara mara mereka yang kehilangan nyawanya...ini cuma imbauan moral dariku...sebagai saudara seiman buat bangsa palestin cuma ini yg kita boleh berikan ...paling tidak bendera tanda berkabung ini akan kita turunkan saat agresifnya tentera Isreal menghentam saudara seIslam kita di sana.

Apa yang kita harap ialah semangat dan roh jihad kita ini dapat disebarkan di seluruh dunia Islam dan dunia amnya...paling tidak ketika kita sibuk dengan urusan dunia, ingatlah bahwa ada saudara kita dipalestin ketika ini menangis dan menderita dengan amat sangat!

wasallamualaikum wr.wb

No comments:

Post a Comment